Saturday, July 6, 2013

Back.. Assalammualaikum

Assalammualaikum... Selepas dua tahun tak update blog, kali ini aku kembali, tujuannya untuk kongsikan kisah aku selama dua tahun keluar dari Uitm.. Seperti yang sedia maklum, aku tidak terpilih melanjutkan pelajaran dalam SPA8.. Macam2x jenis temuduga aku dah tempuh tapi semuanya tidak mendatangkan apa2x hasil.. Selepas sangat lama duduk rumah menyusahkan abah dengan emak, aku buat keputusan untuk kerja.Alhamdullilah aku diterima bekerja dalam satu syarikat swasta. Macam2x jenis suka duka aku tempuh sepanjang bekerja. Aku kenal erti apa itu kepayahan dalam mencari duit dan macam2x.. Selepas 3bulan kerja, aku ditawarkan menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Sumber Manusia dan harini merupakan hari terakhir aku laporkan diri kat sini.. Macam2x ragam manusia aku dah lihat sejak lepas sekolah 2010...Jadi kemasukkan kalini bukanlah sesuatu yang mengejutkan aku... Aku boleh dikatakan sudah terbiasa dgn semua ni.. Cuma aku agak cerewet dalam pemilihan budak bilik aku..Kali ini bilik aku memuatkan 3orang sahaja...dan yang menarik, dua2x budak bilik aku adalah bukan melayu.. dua2x mereka ialah india..Pada awalnya macam tak selesa.. even now pun dalam perancangan untuk tukar bilik.. Pada aku, apa pun jenis dugaan atau cabaran yang datang, aku kena stay dan habiskan sebab aku satu2x je harapan keluarga yang ada... Ini masa terbaik untuk ubah nasib keluarga dengan izin Allah.. Esok hari terakhir untuk Haluansiswa dan selepas itu mulalah sesi pembelajaran untuk semester satu di Universiti Malaya dan yang menarik ialah kemasukkan belajar kali ini sangat dekat dgn bulan Ramadhan. Kurang beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan tiba dan aku akan berpuasa disini seperti mana pengalaman aku di Uitm dua tahun lepas... Terima Kasih Ya Allah atas peluang kedua yang kau beri.. Aku berjanji akan menghabiskan sesi pengajian aku dengan keputusan yang terbaik seterusnya bahagiakan keluarga aku terutamanya abah dan emak.. Insyaallah lepas ni aku akan lebih kerap update perkembangan aku kat sini.. Thanks sebab sudi baca luahan hati aku... Assalammualaikum.

Monday, November 14, 2011

Salam Blogger...

Hagak lama jugak tak update...maklumlah busy sikit...
Alhamdullilah setakat ini ALLAH masih lagi memberikan aku kesempatan untuk terus hidup dan terus mengupdate blog ni...huhu
 Tapi sepanjang hari ni aku rasa tak sedap hati dan risau terhadap sesuatu.. risau tentang apa aku sendiri pun tak pasti...ngeeee entah la..

Cam yang korang sedia maklum..aku tengah tunggu masa hendak tamat pengajian kat UITM MELAKA...sebab aku dapat offer dari SPA kan.. Masalahnya bukan ni...
serius aku akan merindui saat aku dengan kelas DMC 1C...haha aku yang paling NAKAL kot dalam kelas.. Hari2 lau masuk kelas Lecturer pasti akan detect aku dulu..haha tak kira lau untuk subjek BBM bawah pimpinan PUAN ZURAIDAH...BEL pimpinan MISS SHERIENA....CSC pimpinan SIR MASRI...COM 165 pimpinan MADAM RAHA...COM 165 pimpinan MADAM SITI NASARAH....ngeee subjek yg lecturer tak tahan dengan aku CTU...pimpinan PROFF HAYYUN...
Semua memori dan kenangan bersama dengan mereka akan aku simpan dan kenang sampai bila2...
UITM sentiasa dihatiku...Geng, insyallah ada masa kita jumpa yer...




Jadi,aku telah bersama dengan UITM MELAKA selama satu semester..terus terang satu semester banyak mengajar aku.. kat Uitm aku banyak belajar terutamanya dalam mengenali ragam manusia...Dari awal di kolej kediaman Kasturi...tiap malam belajar " HAKKA"..hehe such a wonderfull memory.. kemudian berpindah ke kolej kediaman Tun Perak..dengan ragam roomate yang macam2..haha
aku akan ingat sampai bile.. kemudian saat aku di tahan pak POLIS bantuan a.k.a PAK GUARD UiTM akibat bawa kereta abah aku tanpa steaker and record dari unit keselamatan....nyaris2 nak kena gantung..haha sangat2 terindah bagi aku dan aku takkan pernah lupa..=D

Sekarang aku tengah menunggu untuk melaporkan diri kat KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN...semoga di tempat baru dan di bawah bidang yang lain ni aku akan terus maju dan maju..hehe
insyallah aku akan kerap berblog kot..sbb aku da nk close account FB aku...then yang lom ADD aku, meh la ADD fb aq kt link ------>https://www.facebook.com/PaiChiliHott

Salam sayang buat korang semua..take care...SALAM

Thursday, October 13, 2011

Jum...aQU nak ShaRe ni Ngn koRg.....



BARAH PAYUDARA ANCAM LELAKI



PERUBAHAN pada saiz dan bentuk payu dara antara gejala barah.
PERUBAHAN pada saiz dan bentuk payu dara antara gejala barah.
Amalan pemakanan, faktor genetik, pengambilan hormon wanita jadi punca 

BARAH payu dara sebenarnya bukan hanya penyakit wanita walaupun fakta saintifik menjelaskan ia 100 kali lebih kerap ditemui di kalangan wanita. Lelaki juga berisiko diserang barah payu dara apatah lagi jika mereka lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit barah - apa sahaja jenis barah.
Statistik Daftar Kanser Kebangsaan merekodkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.
Pada 2002, kanser payu dara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan lima lelaki India dengan sekitar 71 peratus daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih. Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003 pula, 11 pesakit membabitkan kaum Cina dan selebihnya berbangsa Melayu. 

Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payu dara, Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan Dr Nik Munirah Nik Mahdi berkata, walaupun faktor genetik dikaitkan sebagai punca utama barah payu dara di kalangan lelaki namun, tiga pesakit barah payu dara yang mendapatkan rawatan di HUSM tahun lalu tidak langsung memiliki sejarah keluarga yang menghidap barah. 

“Ia menjelaskan barah payu dara boleh menyerang semua orang. Tidak kira lelaki itu lelaki tulen atau lelaki yang mengambil hormon wanita, ”katanya. 

Sebelum ini, penyelidik percaya selain genetik faktor risiko lelaki yang menghidap barah payu dara kerap juga dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang tinggi seperti yang ditemui di kalangan pesakit sirosis atau sindrom Klinefelter. 
“Amalan pemakanan juga mungkin antara penyebab. Sekarang ini terlalu banyak makanan segera di pasaran. Begitu juga kesegaran sayur-sayuran, ayam, daging atau ikan yang dijual banyak bergantung pada bahan kimia. Kita pun tidak pasti apakah penggunaan bahan kimia begini boleh menjejaskan kesihatan atau tidak,” katanya. 

Jelas Dr Munirah, jika di negara Barat majoriti kes kanser payu dara lelaki membabitkan mereka yang berusia dalam lingkungan usia 50 atau 60 tahun, namun di Malaysia kebanyakan mereka yang dikesan dengan barah payu dara berusia 40 tahun ke atas. Malah, kajian mendapati kanser payu dara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita. Lebih memburukkan keadaan jika pesakit datang mendapatkan rawatan ketika penyakit sudah berada di tahap empat. 

“Daripada pengalaman saya mengendalikan kes payu dara lelaki, kebanyakan pesakit datang mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Umumnya mereka gelisah apabila melihat perubahan saiz payu dara yang besar sebelah, kelihatan bengkak selain menyedari kewujudan benjolan di belakang puting,” katanya. 

Bagi negeri Kelantan saja, Majlis Kanser Nasional merekodkan dari 1999 hingga 2006, enam lelaki meninggal dunia akibat penyakit itu. Bahkan kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk kerana kanser terbabit akan menular kepada organ lain dengan cepat hingga membawa kematian. 

Keadaan ini disebabkan payu dara mereka bersaiz kecil, kurang tisu dan lebih dekat dengan dada berbanding payu dara wanita. 

Walaupun berlaku peningkatan kes, namun secara umumnya barah payu dara lelaki masih lagi dianggap sedikit iaitu satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes barah payu dara. Di Amerika Syarikat misalnya, Persatuan Barah Amerika menganggarkan pada 2008, 1,990 kes baru dikesan. Daripada jumlah itu, 480 kematian dilaporkan setiap tahun berbanding 40,000 kematian membabitkan kes barah payu dara wanita. 

Jelas Dr Munirah, rawatan barah payu dara lelaki dan perempuan tidak berbeza. Sebaliknya ia bergantung pada tahap kesihatan, tahap barah yang dialami dan pilihan pesakit itu sendiri. Secara umumnya, barah ditangani dengan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. 

INFO 

Faktor Risiko Barah Payu dara Lelaki
 


  • Pendedahan pada radiasi 

  • Tahap hormon estrogen yang tinggi 

  • Sindrom Klinefelter 

  • Sejarah keluarga yang menghidap apa sahaja jenis barah 

  • Obesiti 

  • Usia meningkat 

  • Masalah hati (misalnya sirosis) 

  • Peminum arak tegar 

    Gejala 

  • Benjolan (yang tidak sakit) pada tisu payu dara 

  • Perubahan saiz payu dara atau kulit payu dara misalnya berkedut, tertarik ke dalam atau kemerah-merahan 

  • Perubahan pada puting payu dara misalnya tertarik ke dalam atau kemerahan 

  • Lelehan keluar daripada puting 
  • Wednesday, September 14, 2011

    WaLaUpUn Aq leLAki TApi TaK SalAH NaK jAge PEnamPilAN...hOHo


    1) Menghilangkan Parut Jerawat

    Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
    2) Menghilangkan Tahi Lalat

    Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.
    3) Bibir Merah Semulajadi

    Petua ni memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari. Takpun boleh juga sapu ubat gigi pada bibir sebelum tidur.
    4) Melebatkan Bulu Kening

    Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. 

    5) Licin Berseri

    Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering. 

    6) Naikkan Seri Wajah/Muka

    Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu….. 


    7) Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata

    Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat. 

    8)  Menghilangkan Lebam Bawah Mata

    Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cubalah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata. 

    9) Melicinkan Wajah

    Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba. 

    10) Memerahkan Bibir Yang Hitam

    Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
    11) Menghilangkan Lebam di Bibir

    Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.


    12) Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening

    Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. 

    13) Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak

    1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
    2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.


    14) Mencantikkan Kulit Muka

    Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
    1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
    2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.


    15) Menyerikan Wajah

    Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah. 

    16) Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
    Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya..

    17) Petua Awet Muda

    Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah.

    18) Muka Berseri

    Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid. 

    19) Sentiasa Muda

    Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

    20) Nampak Muda

    Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. 

    21) Sentiasa Awet Muda
    Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

    22) Kulit Sentiasa Tegang

    Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut. 

    23) Muda Jelita Sentiasa

    Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam – ulaman yang dimaksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba. 

    24) Wajah Jelita

    Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan.

    25) Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening

    Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. InsyaAllah…lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

    26) Memutihkan Kulit Muka

    Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang. 

    27) Menghaluskan Kulit Muka

    Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.