Saturday, July 6, 2013

Back.. Assalammualaikum

Assalammualaikum... Selepas dua tahun tak update blog, kali ini aku kembali, tujuannya untuk kongsikan kisah aku selama dua tahun keluar dari Uitm.. Seperti yang sedia maklum, aku tidak terpilih melanjutkan pelajaran dalam SPA8.. Macam2x jenis temuduga aku dah tempuh tapi semuanya tidak mendatangkan apa2x hasil.. Selepas sangat lama duduk rumah menyusahkan abah dengan emak, aku buat keputusan untuk kerja.Alhamdullilah aku diterima bekerja dalam satu syarikat swasta. Macam2x jenis suka duka aku tempuh sepanjang bekerja. Aku kenal erti apa itu kepayahan dalam mencari duit dan macam2x.. Selepas 3bulan kerja, aku ditawarkan menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Sumber Manusia dan harini merupakan hari terakhir aku laporkan diri kat sini.. Macam2x ragam manusia aku dah lihat sejak lepas sekolah 2010...Jadi kemasukkan kalini bukanlah sesuatu yang mengejutkan aku... Aku boleh dikatakan sudah terbiasa dgn semua ni.. Cuma aku agak cerewet dalam pemilihan budak bilik aku..Kali ini bilik aku memuatkan 3orang sahaja...dan yang menarik, dua2x budak bilik aku adalah bukan melayu.. dua2x mereka ialah india..Pada awalnya macam tak selesa.. even now pun dalam perancangan untuk tukar bilik.. Pada aku, apa pun jenis dugaan atau cabaran yang datang, aku kena stay dan habiskan sebab aku satu2x je harapan keluarga yang ada... Ini masa terbaik untuk ubah nasib keluarga dengan izin Allah.. Esok hari terakhir untuk Haluansiswa dan selepas itu mulalah sesi pembelajaran untuk semester satu di Universiti Malaya dan yang menarik ialah kemasukkan belajar kali ini sangat dekat dgn bulan Ramadhan. Kurang beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan tiba dan aku akan berpuasa disini seperti mana pengalaman aku di Uitm dua tahun lepas... Terima Kasih Ya Allah atas peluang kedua yang kau beri.. Aku berjanji akan menghabiskan sesi pengajian aku dengan keputusan yang terbaik seterusnya bahagiakan keluarga aku terutamanya abah dan emak.. Insyaallah lepas ni aku akan lebih kerap update perkembangan aku kat sini.. Thanks sebab sudi baca luahan hati aku... Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment